suria

Kubur bapa digali demi buktikan anak tidak bersalah kes rogol

Pihak gereja memberi kebenaran kepada keluarga Eric untuk menggali semula kubur Thomas.

MAYAT seorang bapa digali semula dari kubur dalam usaha untuk membersihkan nama anak lelakinya.

Eric McKenna, 60, dihukum penjara selama 23 tahun atas dua pertuduhan rogol pada 1980.

Dia ditahan kerana kencing di dalam pasu milik jirannya sejurus selepas insiden pertengkaran.

Namun apa yang mengejutkan apabila DNA miliknya dikaitkan dengan kes rogol.

Eric McKenna.

DNA Eric sepadan dengan pelaku jenayah itu tetapi keluarganya mendakwa bapa mereka, Thomas McKenna mungkin bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Ahli keluarga Eric mendapat kebenaran untuk mengeluarkan mayat Thomas yang meninggal dunia pada 1993.

Sampel DNA akan diekstrak dari mayat Thomas untuk mengenal pasti sama ada ia sepadan.

Kawasan perkuburan turut dikawal ketat polis dan pasukan forensik dilihat berada di lokasi tersebut.

Susulan sabitan itu, polis berkata Eric yang berasal dari Newcastle 'tidak terkejut' ketika dia didakwa atas dua pertuduhan rogol. - Metro.co.uk

kubur, rogol

Artikel Lain