suria

Sedar dari koma seminggu selepas cuba bunuh diri, pemuda terkejut bil perubatan hampir RM400,000

Oliver Garden terkejut bil perubatan yang tinggi sebaik sedar dari koma. Foto alcumist/Twitter

SEORANG pesakit muda yang terlantar di hospital di Amerika Syarikat (AS) kerana cubaan membunuh diri terkejut mendapati bil perubatannya yang luar biasa sebaik sedar dari koma.

Oliver Jordan berkongsi foto invois berjumlah AS$93,424 (RM386,365) yang diletakkan di tepi katil selepas terlantar di hospital selama seminggu.

Bil perubatan itu terdiri daripada 17 perkara berbeza, termasuk perkhidmatan di makmal, katil dan bilik serta kemudahan pernafasan.

Bil perubatan yang tinggi menanti Oliver. Foto alcumist/Twitter

"Betapa mahalnya cubaan membunuh diri di AS," tulis Jordan.

Pemuda berusia 21 tahun itu memberitahu The New York Post bahawa dia bernasib baik kerana mempunyai insurans, bermakna perbelanjaannya adalah kira-kira AS$2,850 (RM11,787)," tulisnya di Twitter.

Menerusi bebenang di Twitter, rata-rata netizen menyifatkan anak muda itu tidak bernasib baik. - Mirror UK

bunuh diri

Artikel Lain