KALAU sudah minat, apa sahaja sanggup dilakukan. Begitulah realitinya apabila seorang guru dari South Wales, England mengabdikan hidupnya selama lapan tahun untuk menghasilkan koleksi tatu Avengers. Mula mengikuti siri filem itu sejak 2008, Tom mula mencacah tatu di bahagian lengan kanannya. Pada 2011, dia membuat penambahan dengan mencacah tatu karakter Hulk. Kini berusia 27 tahun, dia turut mencacah tatu karakter lain termasuklah Deadpool dan Wolverine. "Saya mula dengan Hulk dan Captain America sebelum tambah tatu Wolverine pula. "Selepas itu baru saya buat tatu Iron Man, Thor, Deadpool dan Baby Groot," ujar Tom. Mengulas obesisnya itu, Tom mendedahkan tatu Thor adalah tatu kegemarannya. Malah, dia turut melengkapkan lukisan di badannya itu dengan mencacah tatu Infinity Stone. - Daily Star.