PELANGGAN yang ingin melakukan prosedur kosmetik perlu menjalani ujian kesihatan mental terlebih dahulu. Staf yang menjalankan rawatan suntikan botox akan dilatih untuk mengenalpasti pelanggan-pelanggan mereka sama ada mempunyai masalah mental seperti body dysmorphic disorder (BDD) yang menyebabkan seseorang itu mengalami obses kecantikan. Sekiranya pelanggan mempunyai tanda-tanda masalah itu, mereka akan dirujuk kepada bahagian kesihatan England. Bagaimana pun, ada juga pusat kecantikan tidak menggunakan prosedur ini sekaligus memberi risiko kepada pelanggan. Kitty Wallace dari pusat BDD berkata: “Prosedur kosmetik seperti suntikan botox kini semakin meluas tanpa had, meletakkan manusia dalam risiko dan berdepan dengan kesan buruk pada kesihatan mental terutamanya golongan muda.” -Metro.co.uk