suria

Pelacur dedah Rooney menangis selepas seks bersama, rasa bersalah khianati isteri

Helen (kiri) melakukan hubungan intim dengan Rooney pada 2010.

WAYNE Rooney menangis selepas mengadakan hubungan intim dengan seorang pelacur kerana rasa bersalah mengkhianati isterinya yang sedang hamil.

Perkara itu didedahkan dalam sebuah autobiografi yang ditulis pelacur tersebut yang juga ibu tunggal dikenali sebagai Helen Wood.

Pemain berusia 33 tahun itu menangis sejurus selesai melakukan hubungan seks Helen dan seorang lagi rakannya.

Isteri Rooney sedang hamil lima bulan anak sulung mereka ketika bekas pemain Manchester United itu meniduri Helen yang kini bergelar pengacara TV bersama seorang rakannya.

Helen, 32, yang menjadi terkenal selepas skandal pada 2010 itu, mendedahkan hubungan dia dan Rooney buat pertama kali dalam autobiografinya.

Helen menceritakan kisah tersebut dalam autobiografinya.

"Helen amat berterus-terang dalam buku tersebut. Dia menulis dengan jelas apa yang berlaku kepada Rooney.

"Lebih mengejutkan adalah bagaimana mereka menjalin hubungan intim dan pada masa sama Rooney rasa bersalah kerana mengkhianati isterinya, Coleen.

"Dia menangis. Helen merasakan Rooney amat menyesali perbuatannya. Helen turut kesal dan berasa bersalah terhadap Coleen," kata sumber.

Rooney yang kini bermain di Amerika Syarikat (AS) diberikan peluang kedua oleh Coleen, 33, pada 2004 selepas bertemu dengan Helen.

Namun, rumah tangga mereka sekali lagi diuji pada 2017 apabila Rooney ditahan dalam keadaan mabuk di dalam sebuah kereta bersama seorang wanita. - Mirror.co.uk

Wayne Rooney, pelacur, hubungan seks

Artikel Lain