suria

Haramkan kucing berkeliaran di taman, pakar kata ia ancaman besar kepada burung

Menurut statistik The Mammal Society, 27 juta ekor burung dibunuh setiap tahun di United Kingdom (UK).

SEORANG pakar konservasi membuat kenyataan kontroversi mengenai kucing yang menimbulkan perdebatan ramai.

Tony Duckett dari Royal Parks, London mahu kucing diharamkan keluar ke kawasan taman awam atau taman milik persendirian bagi mengelakkan mereka merosakkan taman.

Malah, dia juga berkata, kucing sering membunuh burung.

Ia susulan kenyataan penyampai BBC, Chris Parkman untuk mengharamkan lesen pemburuan burung.

Duckett yang mula berkhimdat untuk taman itu sejak 1978 berkata, kucing merupakan ancaman yang lebih besar kepada burung berbanding pemburu.

Menurut statistik The Mammal Society, 27 juta ekor burung dibunuh setiap tahun di United Kingdom (UK).

"Saya setuju, kucing tak patut dibenarkan bergerak bebas di dalam taman dan dibiarkan membunuh burung.

"Pemilik kucing tak patut rosakkan kegembiraan orang lain," ujarnya. - Mirror.

Tony Duckett, burung, kucing, taman

Artikel Lain