suria

Mayat ibu dua anak hilang setahun lalu ditemui disumbat dalam peti sejuk

Mary Jane hilang sejak setahun lalu.

SEORANG ibu yang hilang selama setahun dikhuatiri antara salah satu mayat ditemui di dalam sebuah peti sejuk di timur London.

Penemuan itu terbongkar selepas seorang lelaki dilaporkan memberitahu rakannya bahawa dia membunuh beberapa wanita.

Polis menemui mayat itu selepas dipanggil untuk ke sebuah rumah di Vandome Close, Canning Town kira-kira pukul 11.45 pagi Jumaat lalu.

Siasatan kes bunuh dilakukan dan polis Metropolitan berkata mereka sedang mengenal pasti identiti mayat wanita tersebut.

Identiti salah satu mayat dikenal pasti sebagai Mary Jane Mustafa, 38, ibu dua anak yang hilang secara tiba-tiba pada Mei tahun lalu.

Pada Januari lalu, Ayse Hussain, sepupu kepada Mary Jane meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya.

"Dia terlepas sambutan hari lahirnya juga hari lahir anak perempuannya dan kini sambutan Krismas.

Pasukan forensik sedang melakukan pemeriksaan untuk mencari bukti di kawasan kediaman lelaki tersebut.

"Saya menjaga anaknya dan kata ibu mereka akan kembali segera. Anak perempuannya baru sahaja masuk sekolah menengah manakala anak lelakinya berusia 19 tahun," kata Ayse.

Pada malam Isnin, adiknya Zeynep Mustafa Sukan menerusi Facebooknya berkata:"Bila anda akan pulang kakak? Saya merindui anda!."

Tiada tangkapan dibuat dan tiada maklumat suspek didedahkan secara rasmi.

Seorang penduduk mendakwa bahawa seorang lelaki yang berkawan dengan Mary Jane membuat satu pengakuan yang mengejutkan.

"Rakan saya nampak dia pada Khamis dan dia kelihatan cemas.

"Apabila polis tiba pada Jumaat, dia menghilangkan diri.

"Rakan saya menghubunginya dan kata ada polis di kediamannya. Kemudian talian dimatikan.

"Dia (suspek) menghubungi rakan saya dan kata 'terdapat sesuatu yang anda perlu tahu - saya bunuh beberapa wanita'," kata lelaki itu. - Dailystar

mayat, peti sejuk, Mary Jane Mustafa

Artikel Lain