suria

Gadis bersiap tiga jam untuk kelihatan seperti makhluk asing

Jazmin mahu menjadi makhluk halus yang berperwatakan seperti superhero atau penjahat.

JAZMIN Bean menggemari fesyen alternatif sejak remaja lagi.

Gadis dari London itu sering bersolek tebal, memakai kanta lekap unik dan menggunakan props untuk melengkapkan gayanya agar kelihatan seperti makhluk asing.

Jazmin menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk mencantikkan imejnya yang dipengaruhi daripada budaya Jepun dan makhluk asing.

Dia memakai bengkung agar dadanya kelihatan rata tetapi mahu menjalani pembedahan plastik untuk mengekalkan bentuk badannya itu pada masa depan.

Jazmin juga sedang berusaha untuk menghasilkan jenama alat solek sendiri untuk komuniti alternatif.

Stail pakaian Jazmin menonjolkan personaliti dirinya sepanjang masa tetapi ada kalanya dia terpaksa meminimakan gayanya kerana sering dipandang serong masyarakat sekeliling.

Akibat berpenampilan pelik, Jazmin sering dipandang serong masyarakat sekeliling.

Jazmin mengambil masa selama tiga jam untuk bersiap lengkap dengan pelbagai props seperti anting-anting, aksesori dan ada kalanya membawa bersama senapang palsu.

"Ketika saya mula berpenampilan begini, saya bermain dengan pelbagai benda dan budaya berbeza serta gaya tersendiri.

"Saya fikir ia amat kelakar untuk seseorang yang bertubuh kecil, kelihatan amat comel.

"Saya suka alam mistik, mahu menjadi seperti makhluk halus yang berperwatakan superhero atau penjahat," katanya.

Buat masa ini, Jazmin menjadi perhatian orang ramai dan ada diantara mereka cuba mengambil gambar bersamanya.

Meskipun tidak diterima masyarakat, keluarga Jazmin sentiasa menyokong kehidupannya itu. - Metro.co.uk

Artikel Lain