suria

Penyakit Moyamoya, budak 8 tahun berisiko kena strok setiap kali teruja, penat

Corey Adey bersama ibunya, Jade Snowdon Abbott.

COREY Adey disahkan menghidap penyakit Moyamoya pada tahun lalu.

Penyakit 'rare' itu menyebabkan dia berisiko diserang strok setiap kali teruja atau kepenatan.

Berusia lapan tahun, kanak-kanak dari Houghton-Le-Spring, County Durham, England itu didiagnos pada tahun lepas.

Setiap hari, ibunya, Jade Snowdon Abbott, 29 terpaksa mengawal Adey agar dia tidak melakukan perkara yang boleh 'menjemput' penyakit itu.

Dia juga pernah mengalami serangan strok sebelum ini.

"Ia sangat menakutkan sewaktu pertama kali anak saya kena strok.

"Masa tu dia penat dan sedang tengok televisyen. Saya mandikan dia, selepas itu dia kena strok," ujar ibunya.

Pada Mac tahun ini, kanak-kanak itu menjalani pembedahan selama lima jam pada kedua-dua bahagian otaknya di sebuah hospital di London. - Daily Mail.

Corey Adey, Moyamoya, strok

Artikel Lain