suria

Ratu cantik dirakam bercium dengan bilionaire, esoknya umum cerai dengan suami jutawan

Katherine Ho (kanan) bercerai dengan suaminya hanya selepas sembilan bulan berkahwin.

BEKAS pemenang tempat ketiga pertandingan ratu cantik Hong Kong dan aktres TVB, Katherine Ho mengumumkan perceraiannya dengan jutawan, Wu Zhicheng.

Perceraian itu berlaku hanya sembilan bulan selepas mereka berkahwin.

Sehari sebelum pengumuman itu dibuat, Ho dirakam sedang berciuman dengan seorang lelaki bilioaire, Anson Chan, 50.

Ho berkahwin dengan seorang lelaki jutawan pada Julai 2018.

Pada 2014, wanita berusia 27 tahun ini dipilih sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan ratu cantik Hong Kong.

Dia juga memainkan peranan kecil dalam drama-drama TVB seperti Deep in the Realm of Conscience sebelum berkahwin dengan jutawan, Zhicheng, 67, yang sudah dikenalinya selama tiga tahun sebelum mendirikan rumahtangga pada Julai lalu.

Zhicheng telah menghadiahkan isterinya itu dengan kalung berlian dan rumah berharga jutaan ringgit atas namanya.

Ho membuat pengumuman cerai di Instagram.

Sembilan bulan kemudian, iaitu pada 1 Mei, Ho membuat pengumuman mengejutkan di Instagram.

"Kami telah memutuskan untuk berpisah dengan cara baik dan kami akan terus menjadi kawan baik. Terima kasih atas sokongan semua dan kami saling mengharapkan yang terbaik," menurut laporan.

Ramai yang keliru dengan pengumuman itu, memandangkan pasangan itu sudah saling mengenali selama tiga tahun sebelum berkahwin, tetapi akhirnya berpisah kurang dari setahun.

Menurut saluran berita selebriti Hong Kong, Jayne Stars, pelakon itu didapati berciuman dengan bilionaire Chan di sebuah parti di daerah Lan Kwai Fong, malam sebelum dia membuat pengumuman cerai di Instagram.

Bilionaire itu dirakam mencium aktres itu beberapa kali sepanjang parti, yang mana Ho hanya membiarkan sahaja, lapor Jayne Stars.

Aset keluarga Chan dianggarkan bernilai HK$10 bilion.

Sementara itu, Ho dan Chan enggan memberi butiran lanjut walaupun telah mengesahkan perceraian tersebut.

Laporan menyebut perkahwinan itu didakwa tidak dapat diteruskan kerana keengganan Ho untuk mempunyai anak dan dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Chan. -TheIndependent

Artikel Lain