GRUMPY Cat, kucing popular yang menjadi sensasi media sosial mati pada usia tujuh tahun. Berita mengejutkan itu diumumkan menerusi laman Twitter oleh pemiliknya, Tabatha Bundesen pada Jumaat. Grumpy Cat dikatakan mati akibat jangkitan kuman pada saluran kencing. Selain memberi kegembiraan kepada keluarga Bundesen, Grumpy Cat turut menjadi penghibur buat jutaan pengikutnya di laman sosial. Rata-rata peminat haiwan comel itu turut membanjiri laman sosial untuk menzahirkan kesedihan mereka. Malah ramai yang terkejut dengan berita itu. Grumpy Cat memiliki 1.1 juta pengikut di Twitter dan 2.4 juta pengikut di Instagram. - CNN.