suria

Remaja lelaki tipu diculik gara-gara kurang kasih, "Saya rindukan mak ayah"

Remaja lelaki mengaku diculik untuk menarik perhatian ibu bapanya ditemui berada dalam sebuah van terbiar.

GARA-gara inginkan perhatian kedua ibu bapa, seorang remaja lelaki sangup berlakon dirinya diculik.

Remaja berusia 13 tahu yang namanya tidak didedahkan dar Luzhou ditemui dalam van lama dengan keadaan diikat dan mulutnya ditutup pada 8 Mei lalu.

Remaja itu memberitahu, dia tersedar dan sudah berada dalam van itu selepas mukanya disembur dengan sesuatu yang menyebabkan pengsan.

Dia tidak mengalami kecederaan dan tidak ada barang yang hilang. Polis gagal menemui sebarang petunjuk mengenai kes ini.

Namun tidak lama kemudian ketika bercakap dengan pegawai polis, remaja itu mengaku dia sengaja menipu diculik kerana mahu ibu bapanya pulang ke rumah.

"Saya rindukan mak dan ayah," ujarnya kepada polis.

Remaja itu memberitahu dia tinggal bersama datuk dan nenek dan sejak tahun lalu dia tidak pernah bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya yang bekerja di luar.

Dia berasa sunyi lebih-lebih lagi datu dan neneknya juga turut sibuk bekerja.

Remaja itu juga berbuat demikian kerana yakin ibu bapanya tidak akan pulang jika hanya bercakap di telefon.

Manakala laporan juga tidak memaklumkan sama ada ibu bapa remaja ini sudah pulang atau tidak. -The Star

Kurang kasih sayang, tipu culik

Artikel Lain