DUA remaja ditahan selepas mereka memukul kepala seorang anggota polis di London. Pegawai berkenaan dihantar ke hospital sejurus diserang akibat kecederaan. Menurut ketua polis Scotland Yard, insiden berlaku pada awal pagi Selasa di Twickenham, London. Remaja lelaki berusia 16 dan 18 tahun itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan. Mereka kini berada di balai polis selatan London untuk siasatan lanjut. - Daily Star.