suria

Koma 9 hari akibat lemas, remaja ini akhirnya sedar selepas ibu sembur deodorant kegemaran

Kacper Krauze bersama deodorant kegemarannya.

AJAIB! Seorang remaja yang koma sembilan hari akhirnya sedar selepas terhidu bau deodorant kegemarannya.

Kacper Krauze, 13, lemas selepas dia terjatuh ke dalam Sungai Eden di Cumbria, England, selama 25 minit.

Selepas diselamatkan, usaha doktor untuk menyedarkan remaja itu bagaikan tiada harapan selama sembilan hari.

Ibunya, Wioletta, 43, akhirnya membawa deodorant kegemarannya sebelum membuat semburan berhampiran Kacper.

Sejurus itu, dia terus membuka mata.

"Jururawat suruh bawa bahan mandian untuk saya bersihkan dia. Saya bawa deodroant kegemarannya itu.

"Selepas saya sembur, dia terus buka mata. Mesti dia ingat itu bau yang dia suka. Sukar untuk saya percaya," kata wanita itu. - Daily Star.

Kacper Krauze, deodorant, koma, lemas

Artikel Lain