suria

Bayar tiket kelas perniagaan tapi terpaksa duduk atas kesan muntah lebih 10 jam

Gidea hanya menyedari kesan muntah itu dua jam selepas duduk di kerusi tersebut.

SEORANG ahli perniagaan terpaksa duduk di atas kerusi ada kesan muntah lebih 10 jam di dalam sebuah pesawat British Airways selepas anak kapal gagal menawarkan kerusi lain kepadanya.

David Gildea yang juga naib presiden sebuah firma perisian di San Franciso, Amerika Syarikat (AS) memuatnaik gambar di Twitter menunjukkan keadaan kerusinya.

Insiden berlaku semasa dia dalam perjalanan dari London ke Seattle.

Ahli perniagaan berusia 38 tahun itu dilaporkan menaiktaraf penerbangannya ke kelas perniagaan di Lapangan Terbang Heathrow dan terkejut apabila menyedari tempat duduknya ada kesan muntah.

Dave Gildea.

Gildea mendakwa anak kapal beranggapan dia melakukan kekotoran itu dan gagal menyediakan tempat duduk baharu serta tidak meminta maaf kepadanya.

"Saya tidak menyedari apa-apa sehinggalah dua jam kemudian saya terlihat kesan muntah di atas kerusi.

"Saya juga terkejut kesan percikan muntah itu dapat dilihat di dinding pesawat dan bawah lantai.

"Anak kapal enggan memberikan tempat duduk baharu atau mohon maaf, jadi saya minta selimut untuk menutup kesan muntah itu.

"Sudah tentu ia amat menjijikkan. Dengan harga yang saya bayar untuk tiket itu, saya amat terkejut," katanya. - Mirror.co.uk

Artikel Lain