ANTARA kemestian setiap kali berkunjung ke pantai, ada di antara kita yang suka membina istana pasir. Di Jerman pula, sekumpulan individu membina istana pasir dalam skala gergasi setinggi 17.6 meter. Cukup besar dan gah sehingga ia dinobatkan sebagai istana pasir terbesar di dunia. Mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan, ia dibina menggunakan 11,000 tan pasir. Pembinaan itu dimulakan sekitar Mei lalu di sebuah resort yang dinamakan Binz, di Pulau Rugen. - The Sun.