suria

Ibu terkejut temui 'rumah' pekerja seks gelandangan dekat sekolah anaknya

Tilam yang dirapatkan ke pagar ditemui oleh seorang wanita di kawasan belukar berhampiran sekolah anaknya. -fotoMEN Media

SEORANG pekerja seks tidur di 'kediaman' buatan sendiri yang terletak hanya beberapa meter dari sebuah sekolah.

'Rumah' wanita gelandangan yang tidak dinamakan itu ditemui oleh Amanda Sullivan, 34, selepas dia menghantar anaknya di End Primary School, di Beeston, pada Rabu.

Dia mengambil gambar kawasan sekitar dan menghantar foto-foto yang diambil ke LeedsLive untuk menunjukkan kehidupan daif wanita itu yang bagi cukup menyayat hari.

Dia yang merupakan ahli kempen komuniti berkata: "Katil ini yang membuatkan saya sangat tersentuh. Tilam bersama selipar dan kemudian kondom dan jarum yang digantung.

"Terdapat hanya satu kondom yang masih berada dalam pembalut berserta jarum dekat pagar.

"Kami percaya tempat ini menjadi rumahnya. Nampak seperti dia cuba menjadikannya sebuah rumah. Ia nampak bersih. Dia juga menggunakan tong sampah.

"Perasaan hanya dengan melihat gambar tidak akan sama dengan berada di tempat ini," katanya.

Sebahagian gambar yang sempat dirakam oleh Sullivan.

Sullivan, yang merupakan salah seorang ahli kumpulan komuniti kumpulan Save The Eyes, menyifatkan tempat tidur sementara itu sebagai salah satu perkara yang paling dahsyat yang pernah dilihatnya.

"Anda berjalan masuk dan nampak sebatang pokok yang mana tisu tandas diletakkan dalam beg plastik dan digantung. Anda berjalan lagi dan kemudian ada meja penuh botol syampu."

Sullivan kemudian memaklumkan pihak sekolah mengenai perkara ini dan polis telah dihubungi.

Sebelum ini dia juga menemui jarum di dalam semak di lokasi yang sama.

Sullivan juga telah bercakap dengan seorang pekerja seks lain dan berharap mereka dapat membantu wanita gelandangan itu.

Anggota dari badan amal telah melawat kawasan tersebut dan dikatakan menangis ketika melihatnya. -MetroUK

pekerja seks, gelandangan, sekolah

Artikel Lain