suria

Derita wanita didera teman lelaki 'cemburu buta' berakhir

Mahkamah Ipswich Crown menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap Berenger.

SEORANG wanita seperti ‘hidup semula’ selepas bebas daripada cengkaman teman lelaki yang cemburu buta.

Elle Griffin bertemu dengan Joshua Berenger ketika usianya 18 tahun.

Namun kebahagiaannya itu hanya sementara selepas Berenger mula menunjuk perangai sebenar dengan mengawal hidup Griffin.

Wanita itu dilarang menggunakan media sosial dan turut menyerangnya.

Malah Griffin juga hanya boleh memakai pakaian yang dibenarkan sahaja serta selalu memeriksa telefon bimbitnya.

Situasi semakin serius pada April 2018 menendangnya di kepala dan bahagian rusuk apabila dia enggan membuka telefon bimbitnya.

“Lebih kurang 10 bulan saya menjalin hubungan dengan Joshua dan setiap pergerakan dikawal, dimanipulasi, diugut dan diserang setiap hari.

“Saya menyembunyikan penderaan ini dan apabila Joshua menghantar ke hospital, saya terus menghubungi polis.

“Dia adalah manusia yang menakutkan dan tidak ada jalan keluar.

“Namun saya sedar tidak bersendirian apabila mendapat pertolongan daripada polis, keluarga dan kawan-kawan,” jelasnya.

Berenger dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.-mirror.co.uk

teman lelaki, cemburu buta

Artikel Lain