DUA ekor zirafah maut selepas dipanah petir di sebuah taman tema safari. Zirafah yang diberi nama Lily berusia 10 tahun dan Jioni, 3 tahun, maut serta-merta dalam insiden pada 3 Mei lalu di Lion County Safari di Loxahatchee, Florida. "Insiden seperti ini boleh berlaku kepada kita dan haiwan kesayangan kami. Tetapi kami akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada di sini," kata jurucakap taman safari tersebut, Haley Passeser. Lion County Safari merupakan tempat perlindungan haiwan pelbagai habitat. "Keputusan patologi mengesahkan dua ekor zirafah itu terbunuh akibat dipanah petir dan haiwan terbabit maut serta-merta," kata Passeser. Namun tidak dapat dipastikan sama ada Lily dan Jioni maut dalam serangan petir yang sama atau sebaliknya. Tiada petugas safari yang menyaksikan insiden menyayat hati itu, lapor NBC. Passeser berkata kedua-dua zirafah itu tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kebiasaannya haiwan itu boleh hidup sehingga 20 tahun. - Metro.co.uk