MEGHAN Markle, Duchess of Sussex dilaporkan telah mengubah reka bentuk cincin pertunangan yang diberikan Putera Harry kepadanya. Kali ini cincin itu kelihatan lebih mewah. Putera Harry mereka bentuk cincin itu dengan dua butir berlian dari koleksi ibunya Puteri Diana dan satu lagi berlian dari Botswana ketika dia membuat kerja amal. Namun gambar terbaharu Meghan menunjukkan cincin itu sudah diubah reka bentuknya. Antara perubahan yang dilakukan Meghan pada cincin pertunangannya itu. Cincin baharu itu disedari peminat dari sekeping gambar termasuk ketika sesi bergambar kali pertama bersama anak lelakinya, Archie. Namun tidak dapat dipastikan bila perubahan itu dibuat tetapi dia dilihat tidak menyarung cincin tersebut beberapa bulan terakhir tempoh kehamilannya. Meghan bukan individu pertama mengubah barang kemas miliknya. Malah Camilla juga sering mengubah semula barang kemasnya yang dihasilkan menerusi koleksi keluarga kerabat diraja itu untuk menjadikan ia lebih moden. - Mirror.co.uk