suria

Wanita terkejut kawan baik minta bayaran jika datang bercuti ke rumahnya

Gambar hiasan.

SEORANG kawan baik memang tidak akan berkira dalam apa jua keadaan.

Namun tidak semua mempunyai sikap baik hati apabila seorang wanita terkejut menerima sekeping bil daripada kawan baiknya.

Pada mulanya, wanita itu amat teruja apabila kawan baik menjemput bercuti ke rumahnya di tali.

Wanita yang mempunyai dua anak itu bercadang untuk menghabiskan masa di rumah kawannya itu selama lima hari.

Malah merancang untuk berkongsi memberi sedikit wang sepanjang berada di sana.

Namun belum pun tiba di rumah kawannya itu, wanita yang tidak mahu dikenali itu terlebih dahulu menerima sekeping bil berjumlah 800 paun (RM4,200) kos yang perlu dibayar sepanjang lawatannya itu.

Dia agak terkejut dan kecewa dengan sikap kawannya itu. Dalam postingnya di Mumsnet, dia tidak menjangka jumlah yang dinyatakan itu.

“Kawan lama dan juga ibu angkat kepada anak-anak perempuan saya. Kami bercadang untuk melawatnya pada Januari ini.

“Kami merancang tinggal di sana selama lima hari. Saya berbincang dengannya dan dia meminta saya bayar sebanyak 800 paun untuk tempat tinggal dan makanan.

“Saya terkejut dan sangat sedih kerana ia seperti pergi bercuti, bukan melawat kawan lama. Tambahan pula saya memang tidak mampu.”

Wanita itu bercadang ini memberinya sebayak 100 paun termasuk makanan, namun nilai yang diminta terlalu banyak.

Dia mahu membatalkan lawatannya itu, namun anaknya teruja untuk ke sana. - mirror.co.uk

Kawan baik, bayar

Artikel Lain