suria

Tak sedar pistol sudah diisi peluru, gurauan rakan akhirnya bawa maut

Pistol yang digunakan oleh Basset sewaktu kejadian pada Disember lalu.

NIAT untuk bergurau, namun ia membawa kepada kematian.

Begitulah yang berlaku kepada Addison Packeer apabila dia maut ditembak rakannya, Jordan Basset pada Disember lalu.

Ujar Basset, ia merupakan satu kesilapan yang mana dia tidak menyangka pistol berkenaan sudah diisi dengan peluru.

Malah katanya, pistol berkenaan dimiliki oleh mangsa.

Sewaktu kejadian, dia bergurau-gurau dengan pistol sebelum terlepas tembakan ke arah rakannya.

Besset akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun atas kesalahan itu.

Kejadian berlaku di Wikkenhall, Coventry, England. - Daily Star.

Artikel Lain