SEORANG wanita dipenjara kerana menyamar sebagai lelaki untuk memperdayakan kekasih baharu bekas teman lelakinya supaya mengirimkan gambar bogel. Blerina Dobla, 26, yang bekerja sebagai akauntan menyamar menjadi model lelaki untuk menipu gadis berusia 23 tahun itu. Dia kemudian memuat naik gambar tersebut di laman sosial dan membuat tagging (pautan) pada akaun rakan-rakan dan keluarga kekasih baharu bekas teman lelakinya. Salah satu posting tersebut turut menunjukkan tangkapan skrin mengenai pendedahan mangsa dirogol pada usia 16 tahun. Dobla dari Richmond, Amerika Syarikat mengaku bersalah menghantar komunikasi tidak senonoh dan mengganggu pada 30 Januari 2017, selain memuat naik video mangsa sedang mandi di laman sosial. Dia turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan memaparkan beberapa imej mangsa tidak berpakaian. Dobla disabitkan hukuman penjara empat bulan. - Mirror UK