suria

Sejarah tercipta, Trump jejak kaki ke Korea Utara

Jong Un berjabat tangan dengan Trump semasa pertemuan di Korea Utara.

DONALD Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pertama menjejak kaki ke Korea Utara.

Kim Jong Un setuju bertemu Trump dua hari selepas dia menghantar jemputan kepada pemimpin itu di Twitter.

"Saya tidak sangka dapat bertemu awak di sini," kata Jong Un kepada Trump.

Mereka kemudiannya berjabat tangan sebelum Jong Un mempelawa Trump memasuki kawasan sempadan itu secara rasmi.

Kedua-duanya meluangkan masa selama 50 minit dalam satu pertemuan sulit.

Ini adalah kali ketiga kedua-dua pemimpin itu bertemu dan kali pertama sejak mereka gagal mencapai kata putus dalam program nuklear di Vietnam awal tahun ini.

Sebaik sahaja rundingan itu menemui jalan buntu, Jong Un dilaporkan membunuh perunding tertinggi, Kim hyok-chol manakala beberapa yang lain turut dipenjarakan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Trump memberitahu pemberita:"Saya boleh beritahu anda individu utama masih lagi hidup, dan saya harap yang lain juga sama." - Metro.co.uk

Artikel Lain