SEORANG wanita hamil lapan bulan yang cedera ditikam terpaksa melahirkan anaknya di lokasi kejadian dengan bantuan pasukan perubatan. Wanita berusia 26 tahun itu bagaimanapun gagal diselamatkan sementara bayinya yang berada dalam keadaan kritikal dikejarkan ke sebuah hospital di London. Dalam pada itu seorang suspek lelaki berusia 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan dan pihak berkuasa sedang menunggu maklumat pengesahan identiti mayat. "Insiden ini amat menyayat hati di mana seorang ibu muda maut manakala anaknya sedang bertarung nyawa untuk hidup. "Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Polis sedang memburu mangsa yang dipercayai masih bebas," kata jurucakap polis. - Metro.co.uk