SEORANG budak lelaki berusia enam tahun yang diperlakukan seperti haiwan oleh bapanya berjaya diselamatkan oleh pihak polis. Menurut pegawai polis, mereka menemui kesan kecederaan pada badan mangsa. Dia kini tidak berada di bawah jagaan bapanya yang berusia 26 tahun. Dia sebelum ini tinggal bersama lelaki itu dan ibu tirinya yang berusia 27 tahun di sebuah perkampungan di Aidar-Mykolaivka, Ukraine. Malah, pihak kebajikan kanak-kanak juga sudah membuat permohonan untuk menghalang lelaki itu bertemu dengan anaknya. Jika bersalah, lelaki itu dijangka berhadapan hukuman penjara lima tahun. Polis membuat serbuan selepas mangsa mengadu nasibnya kepada beberapa rakan. Menurut kanak-kanak itu, dia dipukul seperti seekor anjing oleh bapanya. Malah, dia turut dirantai oleh lelaki itu. - Daily Star.