suria

'Prank' selepas parti bujang, bakal pengantin terpaksa lalui perjalanan 26 jam 5 negara untuk pulang

Iain (tengah) berbaju merah jambu bersama rakan-rakannya di lapangan terbang. Foto Mirror UK

SEKUMPULAN rakan membuat gurauan 'prank' dengan menghantar seorang bakal pengantin lelaki pulang dari Sepanyol ke England, melalui perjalanan sejauh 3,219 kilometer (km).

Iain Tate, 43, tiba di Marbella di Sepanyol dengan berbaju merah jambu, skirty dan rambut palsu serta misai lebat palsu, sambil membawa pembersih vakum.

Terdahulu, selepas diraikan dalam parti bujangnya, Iain menerima tajaan perjalanan pulang, berupa empat penerbangan melalui lima negara untuk pulang dari Malaga, Sepanyol.

Perjalanan Ian mengambil masa 26 jam dari Malaga di Sepanyol ke Dusseldorf di Jerman, dari Dusseldorf ke Paris, Perancis, kemudian ke Dublin di Ireland.

Kelewatan tiga jam di Lapangan Terbanag Charles de Gaulle di Paris mengakibatkan dia terlepas penerbangan untuk pulang dari Ireland ke Lapangan Terbang Leeds Bradford di England.

Dia terpaksa menempah tiket penerbangan baharu dengan kos berganda berbanding tiket penerbangan asal.

Malah dia terpaksa tidur di atas lantai lapangan terbang di Dublin sementara menunggu penerbangan seterusnya.

Iain tiba di United Kingdom pada pukul 1 tengah hari Selasa waktu tempatan, 26 jam selepas berlepas dari Sepanyol.

Pasangannya, Emma, 38 menanti ketibaannya di lapangan terbang.

Kedua-dua mereka akan berkahwin di Darlington, England pada November ini. - Mirror UK


penerbangan, parti bujang, pengantin

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan