suria

Tragedi taman tema, gadis 19 tahun maut akibat buaian 360 darjah terhempas ke tanah

Kejadian menyebabkan seorang mangsa terbunuh.

MALANG tidak berbau, begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib para pengunjung sebuah taman tema di Jizzakh, Uzbekistan.

Permainan buaian 360 darjah yang dinaiki sekumpulan pengunjung mengalami kerosakan sehingga membunuh seorang gadis berusia 19 tahun, baru-baru ini.

Menerusi insiden itu, buian berkenaan yang sedang dihayun terputus sebelum ia terhempas ke atas tanah.

Dalam pada itu, sebuah rakaman turut memaparkan insiden ngeri itu.

Jeritan kegembiraan pengunjung juga bertukar teriakan sejurus buaian tersebut terhempas.

Sehingga kini, pihak berkuasa hanya mengesahkan kematian seorang mangsa sahaja. - Daily Star.

taman tema, buaian 360 darjah, maut

Artikel Lain