SEORANG banduan kes bunuh dipercayai melarikan diri dari penjara dengan menukarkan tempat dengan pasangan kembarnya secara senyap. Kejadian berlaku di Mersin, selatan Turki, apabila Murat A. yang berusia 19 tahun digantikan oleh adiknya, Huseyin A. Adik pesalah datang melawatnya di penjara selepas abangnya menjalani hukuman tahun pertama. Walaupun penjara tersebut tidak mempunyai sistem pengecaman wajah untuk mengesan perbezaan wajah pasangan kembang, pengawal penjara dapat mengesyaki sesuatu. Mereka memberitahu pasukan polis dan melakukan pencarian sehingga menemukan Murat A di rumahnya. Dia dibawa semula ke penjara, bersama adik kembarnya yang kini turut ditahan. Bagaimanapun, tidak dipastikan mengapa pasangan kembar itu bertukar tempat. - Mirror UK