JENAMA pencukur, Billie mengeluarkan kempen baharu untuk menangani tekanan berdepan musim panas. Syarikat itu menggalakkan wanita menyayangi diri dan bulu badan mereka sendiri, atau mendapatkan salah satu produk yang menjadi pilihan mereka. Iklan terbaharu mereka dikatakan pertama kali memaparkan wanita menunjukkan bulu ketiak, sekali gus menamatkan stigma mengenai bulu wanita. Kebanyakan iklan pencukur untuk wanita di pasaran tidak mempamerkan bulu wanita. Tindakan syarikat tersebut menerima banyak pujian. - Mirror UK