SEORANG wanita tidak dibenarkan menaiki penerbangan selepas kru kabin meminta penumpang itu menukarkan pakaiannya yang agak terdedah. Harriet Osborne, 31, berkata, dia menangis selepas merasakan dirinya 'murah' apabila diberitahu baju yang dipakainya menjolok mata. Sumber mendakwa beberapa penumpang mengadu kepada kru kabin bahawa mereka dapat melihat bahagian payudara Harriet. Kru kabin kemudian meminta Harriet menutup pakaiannya yang terdedah itu. Ibu dua anak itu bagaimanapun memberitahu dia memakai penutup bahagian payudara itu. Syarikat penerbangan itu memberitahu bahawa penumpang berkenaan turut membuat gangguan terhadap kru kabin. - Mirror UK