suria

Kerana keguguran, wanita dituduh 'pembunuh bayi', seluar dalam dibuang, baju digunting

Manson mengaku bersalah melakukan gangguan terhadap kekasihnya. Foto Glos Live/SWNS

SEORANG lelaki bertindak kejam mendakwa teman wanitanya sebagai 'pembunuh bayi' selepas pasangannya itu mengalami keguguran anak mereka.

Scott Manson, 30, menyeksa kekasihnya selama tiga bulan selepas wanita itu keguguran.

Dia membuang seluar dalam kekasihnya ke dalam tong sampah, menggunting pakaiannya dan menolaknya ke pintu.

Malahan, dia turut menghantar kad dengan kata-kata yang menyedihkan dan menuntut kekasihnya memindahkan sejumlah wang kepadanya.

Manson mengaku bersalah membuat gangguan dan bertindak ganas, di Mahkamah Majistret Cheltenham di Gloucestershire, England pada Jumaat.

Ia melibatkan sembilan pertuduhan yang mengganggu mangsa antara 1 Oktober 2018 dan 3 Januari 2019.

Dia disabitkan hukuman penjara 30 minggu dan perintah penahanan selama dua tahun. - Mirror UK


keguguran, bayi, seluar dalam, ganas

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan