suria

Kembar dah lama meninggal, wanita 100 tahun dedah sosej gulung rahsia kekal sihat

Kejutan kek roti gulung sosej membentuk perkataan 100 sempena hari lahir Mary.

SEORANG wanita berusia 100 tahun mendedahkan dia makan roti gulung sosej untuk kekal sihat dan cergas.

Mary Emerson sering membuat roti gulung sosejnya sendiri sepanjang hidupnya.

Namun ketika sambutan hari lahirnya pada Ahad lalu, dia menerima kejutan kek roti gulung sosej yang membentuk perkataan 100 daripada cucunya.

"Saya seronok membakar roti sejak sekian lama dan semua suka makan roti sosej gulung saya.

Mary menikmati roti gulung sosej semasa sambutan hari lahirnya yang ke-100.

"Saya masih lagi membuat roti itu dengan sedikit bantuan. Saya paling suka membuat roti itu untuk Krismas bersama dengan cucu perempuan saya Naomi," katanya. 

Mary dilahirkan secara pra matang dengan kembarnya, Jean pada 1919.

Namun Jean meninggal dunia pada 1981 tetapi Mary kekal sihat dan menjalani kehidupan bahagia meskipun sudah dimamah usia.

Dia tinggal bersendirian sejak kematian suaminya, Tom pada 1976. - Metro.co.uk

roti gulung sosej, hari lahir

Artikel Lain