suria

852 polis gagal ujian kecergasan di England, Wales cetus kerisauan orang awam

Angka itu melibatkan polis di England dan Wales pada tahun lalu.

SATU siasatan mendapati sekurang-kruangnya 852 pegawai polis di England dan Wales gagal dalam ujian kecergasan pada tahun lalu.

Malah, mereka turut gagal dalam ujian larian sejauh 525 meter yang perlu dilengkapkan dalam masa tiga minit 40 saat.

Menurut pengarah kajian di Pusat Pencegahan Jenayah, David Spencer, ia merupakan satu fakta yang membimbangkan.

"Orang awam akan risau dengan kecekapan polis untuk melaksanakan tugas ereka.

"Angka ini sangat membimbangkan," ujar Spencer.

Dalam pada itu, 60 peratus pegawai yang gagal ujian berkenaan merupakan polis wanita. - Daily Star.

Artikel Lain