PASANGAN kembar Safa dan Marwa Ulla dilahirkan dengan keadaan melekat di bahagian kepala. Kini, dua kanak-kanak berusia dua tahun itu boleh bergerak dengan sendiri selepas menjalani pembedahan. Pembedahan pertama berlangsung pada Oktober tahun lalu, yang mana pada waktu itu mereka baru berusia 19 bulan. Berasal dair Charsadda, Pakistan, mereka menjalani pembedahan terakhir pada 11 Februari lalu. Operasi pembedahan yang melibatkan 100 staf perubatan di Great Ormond Street itu memakan masa lebih 50 jam. Ujar ibu kembar itu, Zainab Bibi, 34, dia terhutang budi dengan hospital berkenaan. "Kami teruja dengan masa depan. Sesungguhnya kami terhutang budi. "Saya nak ucap terima kasih atas segala yang mereka sudah lakukan," ujarnya. - The Sun.