suria

Warga emas tak basuh rambut 40 tahun, "Ia rahmat Tuhan"

Sakal tidak membasuh rambutnya selama 40 tahun.

RAMAI akan berasa tidak selesa dan gatal kepala jika tidak membasuh rambut selama beberapa hari.

Namun berbeza pula dengan Sakal Dev Tuddu, 63, yang tidak membasuh rambut dreadlocks selama 40 tahun.

Menurut Sakal, rambutnya itu adalah rahmat daripada Tuhan.

Malah jirannya di daerah Munger di negeri Bihar, India memanggilnya sebagai Mahatma Ji sebagai tanda hormat.

Sakal berkata Tuhan mengarahkannya untuk tidak memotong rambut, berhenti minum dan juga tidak merokok.

Sakal tidak mempunyai masalah menyimpan rambut panjang.

Untuk memastikan kebersihan rambutnya itu, Sakal akan mengikat rambut tersebut dengan kain putih setiap kali keluar supaya ia tidak terkena lantai.

Dia juga dikenali sebagai penyembuh di kalangan masyarakat India dan ramai sanggup datang dari jauh untuk bertemu dan bergambar dengannya.

Sakal bekerja di jabatan perhutanan selama 31 tahun dan tinggal dengan isterinya, Rupiya Devi dan juga enam anaknya serta tujuh cucu.

Dia berkata isterinya tiada masalah dengan keadaan rambutnya itu.

Rekod rambut terpanjang di dunia dimiliki Asha Mandela dari Florida dengan catatan 34 meter pada 2018 ketika dia berusia 55 tahun. - Metro.co.uk

Artikel Lain