suria

Kejam! Gajah dibunuh... belalai, gading dipotong dengan bangkai terbiar atas tanah

Seekor gajah yang dibunuh dengan kejam di Botswana, Afrika Selatan. Foto Justin Sullivan/Magnus New

SEKEPING gambar yang dirakamkan dari udara menunjukkan aktiviti pemburuan kejam terhadap seekor gajah Afrika yang terbaring di atas tanah, dengan beberapa bahagian badannya telah dipotong.

Sebahagian kepala dan gading gajah malang yang dipotong masih boleh dilihat, menerusi rakaman yang dibuat oleh sebuat kamera dron di udara.

Pemburu dengan kejam menggunakan mesin gergaji untuk memotong gading dan belalai gajah.

Lokasi kejadian di Afrika Selatan itu terletak kira-kira 20 minit dari sebuah perkhemahan berdekatan.

Aktiviti pemburuan di Botswana, Afrika Selatan semakin berleluasa dengan anggaran 593 peratus bangkai meningkat di bahagian utara negara itu, dari 2014 sehingga 2018. - Mirror UK

gajah, belalai, gading

Artikel Lain