suria

Kanak-kanak 'makan angin' di bahagian pemeriksaan bagasi

Lorenzo dilihat berada di bahagian pemeriksaan bagasi.

SEORANG budak lelaki berusia dua tahun cedera selepas berada di bahagian pemeriksaan bagasi di sebuah lapangan terbang.

Edith Vega dan anaknya Lorenzo  berada di Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson Atlanta Isnin lalu, namun anaknya tiba-tiba hilang ketika mereka berada di kaunter masuk.

Pencarian kanak-kanak itu dilakukan dan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Lorenzo berada bahagian pemeriksaan bagasi.

Lorenzo dilihat cuba berpaut pada sebuah bagasi yang sedang berpusing untuk diperiksa.

Lima minit kemudian Lorenzo dilihat sudah tiba di bahagian bilik TSA (Transportation Security Adminitration).

Edith terus mengenalpasti anaknya yang hilang itu dan menyedari ia berlaku apabila Lorenzo memanjat bagasi untuk pemeriksaan.

“Saya buntu. Saya hampir memanjat dan mendapatkannya, namun tidak dibenarkan.

“Saya bersyukur dia selamat. Itu sahaja yang bermain di fikiran saya. Saya gembira dia berada di sini.”  

Selepas diselamatkan, Edith melihat tangan kanan Lorenzo mengalami patah. – metro.co.uk

Bagasi, Kanak-kanak

Artikel Lain