PENGUNJUNG sebuah pantai di Rio de Jeneiro, Brazil berhadapan detik cemas apabila ombak besar melanda secara tiba-tiba. Malah, ibu bapa kelihatan memegang anak mereka, risau jika dihanyutkan arus. Selain barangan yang dibawa, payung dan kerusi plastik serta tikar yang digunakan untuk berjemur turut dihanyutkan. Kejadian berlaku pada Sabtu lalu. Rakaman kejadian turut dimuat naik ke laman sosial. - Daily Mail.