DUA juruterbang ditahan selepas gagal ujian pernafasan sebelum menerbangkan sebuah pesawat pagi Sabtu. Difahamkan dua juruterbang itu ditahan di Lapangan Terbang Glasgow. Juruterbang yang masing-masing berusia 61 dan 45 tahun itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol sebelum dijadualkan berlepas ke Newark di New Jersey, Amerika Syarikat (AS). Pesawat dengan nombor penerbangan UA162 sepatutnya berlepas pada pukul 9 pagi tetapi dibatalkan sejurus penahanan dua juruterbang itu. Jurucakap polis Scotland mengesahkan mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa depan. Jika didapati bersalah kedua-dua juruterbang itu bakal berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda. Had alkohol dalam ujian pernafasan juruterbang yang dibenarkan adalah kira-kira sembilan mikrogram dalam 100 mililiter minuman keras itu. - Metro.co.uk