DEMI anak tersayang, apa sahaja sanggup dilakukan. Begitulah yang berlaku terhadap seorang wanita, Kami apabila dia menumbuk hidung ikan jerung yang cuba menyerang anak perempuannya. Kejadian berlaku sewaktu mereka sedang bercuti di Pulau Rose di Bahamas pada Jun lalu. Sewaktu kejadian, mangsa, Jordan Lindsey, 21 sedang melakukan aktiviti dalam air sebelum dia diserang dua ekor jerung. Ibunya terus bertindak berani dengan menyerang semula jerung itu sebelum menarik mangsa ke tebing. Namun malangnya, gadis itu sudah meninggal dunia dalam dakapan ibunya. - The Sun.