POLIS mengedarkan gambar seorang pengedar dadah yang dikehendaki dan menerima maklum balas sebaliknya. Ini kerana gara-gara gambar pengedar dadah itu dijadikan troll dengan komen-komen gurauan terhadap gambar pengedar dadah itu. Lelaki tersebut yang dikenali Taylor pernah dipenjara selama tiga tahun kerana mengedar kokain pada tahun 2017. Bagaimana pun dia melanggar syarat-syarat pelepasan dan polis memanggilnya kembali ke penjara. Selepas gambar Taylor tersebat netizen mula memberi maklumat yang dianggap bergurau sekaligus memaksa pihak polis mengeluarkan amaran. Salah seorang pengguna Facebook Lawie Hilmann menulis: "Dia hilang bersama rambut jarangnya." Bagaimana pun polis tidak mengambilnya sebagai gurau dan mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan sekiranya komen-komen menghina atau memalukan seseorang yang melanggar undang-undang. - metro.co.uk