KEJADIAN kebakaran yang berlaku di sebuah pusat asuhan di Pennsylvania, Amerika Syarikat mengorbankan lima mangsa. Lebih pilu, seorang bayi berusia lapan bulan antara yang maut dalam kejadian itu. Kejadian berkenaan berlaku pada Ahad lalu. Salah seorang jiran cuba untuk membantu namun gagal kerana kepulan asap terlalu tebal. Api dipercayai bermula di ruang tamu sebelum merebak ke keseluruhan premis. Selain lima mangsa terkorban, ramai yang lain turut cedera dan berada dalam keadaan kritikal. Punca kejadian bagaimanapun masih lagi sedang disiasat. - Daily Star.