SEORANG wanita mengaku membunuh bekas menantu kerana tidak membayar hutang anak perempuannya. Dmitry Bogdanov,32, maut selepas ditikam 27 kali. Polis memberitahu, suspek berusia 49 tahun itu turut memotong testikel lelaki itu selepas dia pengsan di rumahnya di Novgorod, Rusia dan membuangnya ke luar tingkap. Sebelum itu, wanita terbabit bersama pasangannya dan Bagdanov sedang minum bersama-sama. Tambah polis, wanita itu menuduh Bogdanov gagal membayar wang kepada anak dan cucunya. Selepas menyerang mangsa, wanita itu menghubungi anak perempuannya. Seterusnya anak wanita itu menghubungi pihak polis. Pada mulanya, wanita dan pasangannya itu tidak mengaku, namun kemudiannya mengubah kenyataan. -metro.co.uk