suria

Lelaki pukul teman wanita dengan tukul gara-gara enggan bagi kata laluan Facebook

Blackall obses dengan aktiviti teman wanitanya. Foto:INS News Agency Ltd)

GARA-gara tidak mendapat kata laluan Facebook, seorang lelaki memukul teman wanita dengan tukul serta menendangnya.

Oscar Blackall,20, menangis selepas pihak pendakwaraya memberitahu dia menjadi obses terhadap Alyshia Connorton.

Sesi pendengaran di Mahkamah Reading Crown mendedahkan Blackall turut hilang sabar apabila teman wanitanya itu membuat keputusan untuk menonton filem bersendirian di biliknya dan turut merosakkan komputer riba.

Hakim Emma Nott memberitahu bagaimana Blackall mengambil tukul dan memukul berulang kali gadis itu dan cuba memaksa untuk memberi kata laluan.

"Kamu selalu meminta untuk melayari Facebook, jadi kamu boleh melihat setiap aktivitinya.

"Setiap kali kamu memukulnya dengan kuat untuk lepaskan permintaan yang tidak masuk akal. Ketika dia disepak, dia telah jatuh ke lantai."

Bagaimana pun mangsa memberi membuat permintaan agar lelaki itu menyertai pengurusan emosi.

"Kami telah bersama beberapa tahun. Ya, apa yang dia lakukan sangat salah tetapi saya percaya dia bertanggungjawab di atas kelakuannya.

"Remaja lelaki itu dikenakan hukuman 16 bulan perhatian (custody) serta lima tahun tidak mendekati mangsa. - metro.co.uk

Pukul, facebook, kata laluan, tukul

Artikel Lain