SEORANG budak lelaki dikejarkan ke hospital selepas mengalami kemalangan ketika menjalanai latihan bola sepak.
Ketika bermain bola sepak, sebatang tiang kayu yang digunakan untuk latihan tercucuk ke leher seorang kanak-kanak lelak.
Pihak bomba dan paramedik tiba di lokasi kejadian selepas dihubungi dan memotong kayu tersebut dari leher mangsa.
Selepas itu kanak-kanak tersebut terus dihantar ke hospital menggunakan helikopter.
Kayu tersebut dapat dikeluarkan sepenuhnya dari leher kanak-kanak itu.
"Kayu itu berjaya dipotong dan kanak-kanak telah dibawa ke hospital menggunakan ambulan udara," ujar jurucakap pasukan Bomba dan Penyelamat.-metro.co.uk