SEORANG gadis terkejut apabila mendapati imej imbasan kehamilan di dalam kandungannya kelihatan seperti 'alien'. Sophie Scott yang teruja hamil bayi perempuan bertukar panik apabila pasangannya, Stephen Roberts memberitahu imbasan menunjukkan terdapat imej seperti makhluk asing di sebalik kandungan tersebut. Stephen, 24, dan Sophie, 16, pasti bahawa pihak perubatan terlepas kemungkinan mereka mempunyai pasangan kembar. Sophie yang merupakan seorang pelajar dari South Shields, Tyneside di United Kingdom berkata: "Kami dapat melihat mata tambahan di sebalik bayi itu, dan kepalanya berbentuk seperti alien." "Bekas kekasih saya dahulu begitu minat dengan kisah-kisah alien dan kami bergurau dia mungkin menyumpah saya. "Saya takut alien tersebut akan memakan bayi saya," ujarnya. Pemeriksaan empat minggu kemudian bagaimanapun mendapati kandungan berusia 16 minggu itu hanya mempunyai seorang bayi. - Mirror UK