RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasar raya, mengesan seorang pelanggan yang membuang air besar di lantai premis. Lelaki itu yang menyedari najis berkenaan cuba menyembunyikannya di bawah peti sejuk. Insiden berlaku di Karasu, Turki sehingga menjadi tular di media sosial. Bagaimanapun, lantai pasar raya semakin kotor apabila dia cuba menyeret najisnya ke bawah peti sejuk. Klip video itu kemudian menunjukkan pelanggan terbabit membuat belian sebelum beredar. Tidak dipastikan sama ada pasar raya tersebut melakukan siasatan berhubung insiden. - Daily Star