suria

Lelaki dedah punca disimbah asid, "Pintu rumah diketuk, apabila buka satu cecair singgah dimuka"

Christhopheros bersama anaknya (kanan) sebelum insiden disimbah asid lima lalu.

SEORANG lelaki berkongsi kisah hidupnya yang berubah selepas disimbah asid oleh orang yang tidak dikenali.

Andreas Christopheros mengalami cedera kekal di bahagian muka termasuk sebelah matanya buta apabila apabila disimbah oleh seorang lelaki yang datang mengetuk rumahnya.

Menurut Christopheros, kejadian berlaku lima tahun lalu apabila seorang lelaki datang mengetuk rumahnya.

"Pintu rumah diketuk dan saya ingat ada penghantar barang yang dibeli secara online sampai. Tetapi apabila saya membuka pintu, satu simbahan cecair melekat di muka saya.

"Baju-T saya hancur dari atas ke bawah. Saya berpusing disitu dan menyedari ia adalah asid.

"Lelaki yang melakukan itu hanya bercakap lima perkataan: "This is for you, mate'.

"Isteri saya ada beritahu jeritan saya ketika itu akan menghantuinya sepanjang hayat," ujarnya.

Sebelum pengsan, Christopheros yang tinggal bersama isteri, Pia, anaknya Theo (6 tahun) dan Lazarus setahun sempat menceritakan kejadian kepada paramedik yang tiba ke rumahnya.

Tambah Christopheros, pada mulanya dia hilang keyakinan terhadap polis berkaitan dengan kes itu.

"Satu hari mereka menghubungi saya memberitahu hasil siasatan bahawa suspek tersalah orang.

"Mereka juga ada bukti Phillips melakukannya.

"Ia hari yang bahagia buat saya (selepas mengetahu kisah sebenar).

"David Phillips didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup.

Selepas rayuan Mahkamah Tinggi memendekkan hukuman kepada 16 tahun. -mirror.co.uk

Simbah Asid, salah orang

Artikel Lain