suria

Gara-gara kongsi gambar pencuri kad bank, ahli bina badan didakwa bertindak ganas

Max Barnett (kanan) memuat naik klip video seorang lelaki yang didakwa mencuri kad bank miliknya. - Mirror UK

SEORANG ahli bina badan memuat naik gambar-gambar seorang pencuri yang didakwa mencuri kad bank miliknya, di laman sosial.

Max Barnett mendakwa suspek mencuri kad tersebut daripadanya sebanyak dua kali sebelum berlaku kemalangan basikal.

Satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang tidak berkasut, terbaring di atas tanah dengan kesan luka di bahagian kepala.

Menurut postingnya, Max memberi amaran: "Jangan mencuba nasib dua kali kawan-kawan"

Segelintir netizen menganggap Max menyerang lelaki berkenaan dan memintanya supaya memadamkan klip tersebut.

Max yang berasal dari Grimsby, Lincolnshire di United Kingdom bagaimanapun menafikan menggunakan sebarang kekerasan.

Sebaliknya, dia memberitahu suspek terjatuh daripada basikalnya. - Mirror UK

bina badan

Artikel Lain